pitch's FotoPage

By: news from the field

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]
Monday, 17-Apr-2006 02:10 Email | Share | | Bookmark
we still have the chance!!!!!

after beaten by korea
ready to rock n roll wif china..
ismail abu.. da scorer.. given hugs by team mates..
View all 4 photos...
Saingan sengit dalam Kumpulan B itu semakin menuju ke puncaknya dan sekalipun berbekalkan tiga mata hasil satu kemenangan setakat ini, Malaysia perlu memenangi baki dua perlawanan menentang Perancis dan New Zealand bagi merealisasikan impian itu.

Tiket ke separuh akhir bermakna Malaysia menempah tempat sebagai satu daripada 12 pasukan yang bertanding pada pusingan akhir Piala Dunia di Monchengladbach, Jerman dari 6-17 September depan dan jika gagal ke separuh akhir, mereka perlu menjadi pasukan kelima terbaik.

Dua gol pada babak kedua jaringan Tengku Tajuddin Tengku Jalil dan Ismail Abu mengembalikan nafas lega di kem Malaysia yang sebelum itu sesak berikutan dua kekalahan awal kepada Jepun (0-1) dan Korea Selatan (1-3).

Taktik yang diamalkan jurulatih Wallace Tan dengan menurunkan tiga pemain berpengalaman - Chua Boon Huat, K Logan Raj dan M Jiwa - di bahagian depan pada awal babak saingan nyata membuahkan hasil kerana ia menaikkan semangat juang pemain muda.

“Sudah tentu kami berasa lega dengan kemenangan ini. Ianya meletakkan kami semula di dalam senarai pesaing merebut tempat ke separuh akhir terutamanya selepas kemenangan mengejut Perancis ke atas New Zealand.

“Kami mesti menang ke atas Perancis esok dan juga menentang New Zealand. Siapa tahu kami boleh ke separuh akhir,” kata Wallace.

Sekalipun tiada gol dihasilkan pada babak pertama, penyerang muda yang pertama kali diturunkan pada pusingan kelayakan ini Kelvinder Singh sepatutnya sudah meletakkan Malaysia di depan pada minit ke-31 tetapi berdepan gol yang terbuka luas, dia sebaliknya gopoh dengan memukul bola tinggi.

Tiga minit selepas babak kedua bersambung, dia dinafikan gol pertama antarabangsa apabila tampanannya hasil pukulan percuma Megat Azrafiq Megat Termizi menerjah ke dalam pintu gol tetapi pengadil Sumesh Putra dari Kanada membatalkannya.

Ketiadaan pertahanan berpengalaman Nor Azlan Bakar tidak terasa dengan Madzli Ikmar Mohd Nor yang menggantikan tempatnya berjaya menyempurnakan tugas dengan baik mengekang asakan sekali-sekala China dengan Malaysia menguasai 80 peratus pegangan bola.

Tengku Tajuddin, bekas pemain remaja negara, memecah kebuntuan menerusi percubaan sudut penalti ketiga yang diterima pasukan negara pada minit ke-47. Tolakan Boon Huat ditampan masuk Tengku Tajuddin.

Ismail mengukuhkan kedudukan dengan gol kedua pada minit ke-60. Hasil hantaran K Keevan Raj yang merampas bola dari lawan, Ismail mudah menewaskan penjaga gol China, Su Ri Feng.

China, yang berjaya mengutip satu mata setakat ini apabila seri dengan Perancis 3-3 dalam perlawanan terdahulu, mengasak dan menekan Malaysia pada minit-minit akhir. Mereka mendapat tiga pukulan sudut penalti berturut-turut tetapi gagal menyempurnakannya.

“Saya rasa amat gembira kerana gol yang saya jaringkan itu membakar semangat rakan-rakan untuk mencari kemenangan. Lagipun kemenangan ini amat penting buat kami meneruskan perjuangan hingga ke darah terakhir,” kata Tengku Tajuddin.


Wednesday, 12-Apr-2006 06:58 Email | Share | | Bookmark
ouh gosh.. i plak yg nervous!! go get 'em tiger!!

 
 
MALAYSIA’S elements of surprise and creativity upfront can trap Japan in the opening Group B match in Changzhou tonight.


The Malaysians, under new coach Wallace Tan, are not predictable like when Paul Lissek was at the helm where the players moved like ‘robots’ and were easily read.

The Japanese sent coach Takashi Akira to watch Malaysia in action in the Melbourne Commonwealth Games last month.

Takashi was not able to study Malaysia’s moves completely, because Wallace did not reveal everything about his team’s capabilities.

Wallace has several players who can perform effectively in a few positions to confuse the highly-determined Japanese who feel they can frustrate the Malaysians.

Defender Chua Boon Huat is a good example. He can easily be switched between forward and midfield with great effect as evident in Melbourne.

Others like M. Jiwa, Madzli Ikmar, Azlan Misron or even young gun Kevinder Singh can be switched around as well.

“The players can easily inter-change between positions if the situation warrants it, for the desired result,” said Wallace when reached in Changzhou.

Based on past meetings, the match between Malaysia and Japan will be a close affairs.

Wallace should know what to expect from the Japanese as Malaysia played three Tests against them late last year. Malaysia won once and drew two.

“It will tough against the Japanese. I hope our players will rise to the occasion for the three points,” said Wallace.

Young, zestful and creative forwards Ismail Abu and Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil have to play their part in creating problems to the Japanese defence.

It will be useful for the team if they can earn penalty corners even if nothing results from it.

Malaysia have deadly penalty corner flickers in skipper S. Kuhan and Amin Rahim. There are set-pieces, which had been polished up in the last two days, to be utilised too.

Team manager Nur Azmi Ahmad hopes his players will be able to perform up to expectations.

‘It’s always difficult to play in an opening match. But we can’t afford to drop the three points because we face South Korea next (on Friday),” he said.

He said the players are in good spirits for tonight’s clash.There will some anxious moments but Malaysia should prevail.


Tuesday, 11-Apr-2006 02:58 Email | Share | | Bookmark
rindunye nk tgk dieorg main lg!!!

go MALAYSIA!!!!
cm dak2.. main ngintai2.. haha
da south korean.. msians gonna get u!!
National hockey coach Wallace upset over Japan’s spying mission

CHANGZHOU: The national hockey team wrapped up their final training session at the venue of the World Cup qualifying tournament, the Wu Jin Sports Complex Hockey Stadium here, with a light workout yesterday.

And the interested spectators in the stands were the Japanese, whom Malaysia will play against in their opening match in Group B tomorrow.

Their presence irked coach Wallace Tan, who said: “Why do they (Japan) want to do that? Let us train in peace. It is not that we are going to give away any secrets.”

The irritation aside, Wallace said that his boys were ready for the task to qualify for the Finals in Germany in September. The qualifying tournament offers five places to the Finals.

Besides Japan, Malaysia's other opponents in the group are South Korea, China, France and New Zealand. Group A has Pakistan, England, Canada, Belgium, Ireland and Egypt.

Japan play our team in their opening match on Wednesday and their players kept a close watch as the Malaysians held their final training session on Monday. And, of course, national coach Wallace Tan was not happy to spot the ‘spies'.
“Well, basically the last few days have been good as the players are now more relaxed and have adapted themselves well to the conditions here,” said Wallace.

“We are injury-free and all the players are in high spirits. Now we are just waiting to name our first 16 players for the match against Japan.”

Wallace added that there would be no major changes in the way they played in the Commonwealth Games where the team finished as bronze medallists.

Besides the Japanese, Korean eyes were also on the Malaysians in training yesterday. But they had their practice session scheduled ahead of the Malaysia and stayed in the stadium for a little while longer.

HARD AT WORK: The South Korean players in action during their training at the Wu Jin Sports Complex Hockey Stadium in Changzhou on Monday.
The tournament pitch is out of bounds to teams today and Wallace is hoping they will get to use the second pitch at the complex for a short warm-up session.

“If we manage to get a booking, we will have a short run-out. Otherwise will have video sessions for the day,” he said.

The managers' meeting will be held at 2pm today and all teams will have to submit their final list of players for the tournament.



Monday, 10-Apr-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
gosh.. i'm so into hoki rite now... u la ni!!!

nape gamba u x de?? haha
FAKTA
NAMA: Pusingan Kelayakan Piala Dunia
TARIKH: 12-23 April
TEMPAT: Changzhou, China
PENAJA: BDO
JUMLAH PASUKAN: 12
AFRIKA: Mesir
AMERIKA: Kanada
ASIA: Pakistan, China, Jepun, Korea Selatan, Malaysia
EROPAH: Belgium, England, Ireland, Perancis
OCEANIA: New Zealand

Barisan pejuang di Changzhou


JURULATIH: Wallace Tan

PENGURUS: Nur Azmi Ahmad


PENJAGA GOL
MOHD NASIHIN NUBLI IBRAHIM
TARIKH LAHIR: 27 April 1975
UMUR: 31
JUMLAH AKSI: 121
NOMBOR JERSI: 1


PENJAGA GOL
S KUMAR
TARIKH LAHIR: 26 November 1979
UMUR: 27
JUMLAH AKSI: 64
NOMBOR JERSI: 16


PERTAHANAN
MUHAMAD AMIN RAHIM
TARIKH LAHIR: 31 Januari 1980
UMUR: 26
JUMLAH AKSI: 86
NOMBOR JERSI: 2


PERTAHANAN
CHUA BOON HUAT
TARIKH LAHIR: 3 Mei 1980
UMUR: 26
JUMLAH AKSI: 207
NOMBOR JERSI: 3


PERTAHANAN
S KUHAN
TARIKH LAHIR: 23 Julai 1976
UMUR: 30
JUMLAH AKSI: 291
NOMBOR JERSI: 5


PERTAHANAN
NOR AZLAN BAKAR
TARIKH LAHIR: 14 Disember 1977
UMUR: 29
JUMLAH AKSI: 230
NOMBOR JERSI: 6


PERTAHANAN
MEGAT AZRAFIQ MEGAT TERMIZI
TARIKH LAHIR: 1 Oktober 1984
UMUR: 22
JUMLAH AKSI: 29
NOMBOR JERSI: 7


TENGAH
M JIWA
TARIKH LAHIR: 26 April 1981
UMUR: 25
JUMLAH AKSI: 157
NOMBOR JERSI: 8


TENGAH
MOHD MADZLI IKMAR MOHD NOR
TARIKH LAHIR: 8 Disember 1979
UMUR: 27
JUMLAH AKSI: 167
NOMBOR JERSI: 9


TENGAH
K KEEVAN RAJ
TARIKH LAHIR: 14 Oktober 1979
UMUR: 27
JUMLAH AKSI: 212
NOMBOR JERSI: 12


TENGAH
AZLAN MISRON
TARIKH LAHIR: 21 Mei 1983
UMUR: 23
JUMLAH AKSI: 97
NOMBOR JERSI: 14


TENGAH
M JIVAN
TARIKH LAHIR: 15 Januari 1983
UMUR: 23
JUMLAH AKSI: 30
NOMBOR JERSI: 15


TENGAH
KEVINDER SINGH
TARIKH LAHIR: 20 Januari 1985
UMUR: 21
JUMLAH AKSI: 3
NOMBOR JERSI: 18


PENYERANG
K LOGAN RAJ
TARIKH LAHIR: 10 Mac 1981
UMUR: 25
JUMLAH AKSI: 132
NOMBOR JERSI: 4


PENYERANG
TENGKU AHMAD TAJUDDIN TENGKU ABDUL JALIL
TARIKH LAHIR: 5 Januari 1986
UMUR: 20
JUMLAH AKSI: 5
NOMBOR JERSI: 10


PENYERANG
MOHD RODZHANIZAM MAT RADZI
TARIKH LAHIR: 11 Januari 1978
UMUR: 28
JUMLAH AKSI: 97
NOMBOR JERSI: 11


PENYERANG
ISMAIL ABU
TARIKH LAHIR: 8 April 1984
UMUR: 22
JUMLAH AKSI: 32
NOMBOR JERSI: 13


PENYERANG
P PRABAHKARAN
TARIKH LAHIR: 8 September 1983
UMUR: 23
JUMLAH AKSI: 27
NOMBOR JERSI: 17


Monday, 10-Apr-2006 02:58 Email | Share | | Bookmark
Selamat berjuang wira hoki negara

SEBELUM memulakan bicara skuad hoki negara yang bakal menggalas cabaran kita dalam saingan kelayakan Piala Dunia di Changzhou dalam beberapa hari lagi, epg mahu mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Lee Chong Wei dan Nicol Ann David sebagai pemenang anugerah Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2005.

Segala titik peluh dan pengorbanan mereka sepanjang musim lalu berbaloi dan berharap pengiktirafan ini tidak membuat mereka leka atau berpuas hati tapi berjuang lagi dan membuktikan mereka masih hebat bagi anugerah musim depan ketika bakal dicabar atlit lain yang turut berhasrat memburu pengiktirafan sama.

Kita juga berharap dalam senario ceria ini skuad hoki negara yang akan menggalas misi getir bagi kejohanan pra-Piala Dunia yang bermula pada 12 April ini akan pulang membawa perkhabaran baik dapat layak ke pusingan akhir di Jerman, September depan.

Cuma apa yang membuat pemerhati gelisah adalah apakah skuad negara bimbingan Wallace Tan sudah mengecapi kemuncak prestasi selepas berjaya meraih pingat gangsa di Sukan Komanwel 2006 di Melbourne, baru-baru ini.

Baru-baru ini, epg sempat berbual dengan bekas kapten negara, Mirnawan Nawawi yang sudah merasai asam garam saingan Piala Dunia dua kali pada 1998 di Belanda dan pada 2002 apabila Malaysia menjadi tuan rumah.

Dalam mengajaknya bersembang epg juga bertanya akan peluang pasukan negara kita serta pandangan peribadinya kerana dia sendiri menjadi saksi persembahan pemain negara di Melbourne bulan lalu. Dia hadir di sana bukan sebagai pegawai pengurusan hoki negara tapi mewakili Panel Penasihat Sukan (SAP).

Pada firasat bekas penyerang prolifik itu dia berasa skuad negara tidak boleh mencari alasan mereka sudah mencapai kemuncak prestasi kerana perancangan untuk menghadapi Sukan Komanwel dan kelayakan Piala Dunia di Changzhou sudah dilakar hampir satu setengah tahun lalu.

“Kita tidak boleh mencari alasan seperti ini. Pelan sudah dibuat dan setiap pemain harus bersedia 100 peratus untuk menepati sasaran layak ke pusingan akhir Piala Dunia,” katanya yang menyifatkan skuad negara memiliki barisan pemain termain pernah dikumpul sejak sekian lama.

Cuma tekanan dihadapi pasti berbeza kerana di Melbourne mereka hanya mahu bertanding untuk memanaskan diri serta merisik kekuatan lawan lain seperti England, New Zealand dan Pakistan yang juga akan bertanding di China manakala di Changzhou nanti tekanannya memuncak.

Ini kerana saingan ini adalah kemuncak persiapan dalam kalendar hoki mereka iaitu untuk layak ke Piala Dunia sebagai mempertahankan maruah. Jadi, tekanan akan timbul dan ini bukan senario baru kepada atlit negara di persada antarabangsa di sebalik segala bimbingan dan kaunseling dilalui. Ia menjadi penghalang besar. Di sini epg berharap pemain hoki kita yang nampak hebat dan bersifat berani menyerang ini akan menyambung rentak sama.

Rata-rata, kelibat kapten negara, S Kuhan dan rakan-rakan mendapat kepercayaan penuh peminat tanah air bahawa mereka mampu mencipta satu lagi gemilang di bumi China untuk layak ke separuh akhir dan menempah tiket automatik ke Piala Dunia di Jerman.

Ayuh, wira-wira negara. Berjuanglah dengan sepenuh tenaga dan usah gentar dengan setiap halangan di medan pertempuran kerana kita memang ada ramuan mahu berjaya. Buktikan ketahanan mental anda dan kibar megah Jalur Gemilang di Changzhou. Selamat berjaya dan kami di sini akan sentiasa mendoakan anda akan pulang membawa kejayaan.



[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net